New Page 1

 

 

 

Website Baru KampusNegara.net;

Dari Hujung Kaki ke Hujung Kepala

?

 

 

Moderator Kampus JAMIS UPM (MKJ)  ingin menduga dan menilai serba sedikit perubahan yang dilakukan oleh Webmaster KampusNegara.net berikutan tenggelam timbulnya laman ini, dan perubahan demi perubahan telah dilakukan, namun penyudahnya, tiada manafaat untuk perkembangan kepimpinan mahasiswa di Malaysia.

 

Dari atas laman, hingga ke laman paling bawah, KampusNegara.net ada 'kelucuan'nya tersendiri. Mari kita lihat.

 

 

Sila klik gambar untuk membesarkan imej-

    

Banner laman ini kurang menarik. Banner terdahulu punya, lebih baik dari banner sekarang.

Masih mengunapakai imej Zainulfakar (PAKAQ), sesuai dengan imej gangster tajaan GAMIS.

Warna background yang suram, sesuram gerakan mahasiswa pembangkang.

Sukar untuk mendapat perhatian 'pelanggan' sehinggakan Mujahid boleh dinotis.

 

Ruangan Forum yang berbaur istilah yang kurang sesuai digunapakai oleh mahasiswa selaku pelapis pemimpin, ada yang guna perkataan 'mampus'.

Kajian mengenai pendapat pelayar terhadap laman ini, jawapan yang diberikan tidak ada yang tidak baik, semuanya baik-baik belaka.

 

Wah, dalam galeri KampusNegara ada gambar Datuk SitiNurhaliza. Masih terbawa-bawa aura Hanif Baderun ka?

Lihat, imej webmaster yang 'garang', memakai topeng watak penjahat Starwars. Ia akan mencerminkan.......

 

   

Tidak ada pun sesuatu yang bermanafaat bagi pelayar terutamanya mahasiswa untuk memuatturun sesuatu dari KampusNegara. Lihat saja laman dahulu, ada Politik Sumo lah, Iklan lah..., nak bikin apa semua tu.

Muat turun kali ini pun tiada bezanya, semuanya tentang iklan belaka.

 

 

Lain-lain yang menarik...

 

Antara ahli yang mendaftar dalam KampusNegara, ialah Zainulfakar. Lihat, imej keahlian Zainulfakar, kaki pukul teragung (kini menjawat jawatan sebagai ......di IKS). Imej seperti itu, amat sesuai dengan watak unggul dirinya selaku kaki pukul.

 

Kurang saingan, itu saja yang boleh MKJ simpulkan.

 

Moderator Kampus JAMIS UPM,

3 Febuari 2007.

 

<<Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM.